Monday, 23 February 2015

MAKLUMAN RASMI

 Pada 22 Februari 2015, Astana Pagar Raja dimaklumkan dengan berita duka diatas kembalinya anakanda saudara kepada YBhgM. Haji Tuan Sulaiman iaitu al-Marhum Tuan Ahmad Azli Bin Tuan Mansor di Hospital Klang.
Jenazah dibawa balik ke Kelantan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam RPT Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai. Ayahanda dan adinda-adindanya urut mengiringi jenazah dari Klang ke Kuala Krai dan selamat dikebumikan pada jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
AL FATIHAH........

Monday, 16 February 2015

BERGAMBAR KENANGAN
Antara putera-putera kepada al-Marhum Tuan Will @ Tengku Ismail Bin al-Marhum Tengku Wook Mahmud DAN al-Marhumah Tuan Bidah Binti al-Marhum Tengku Paduka Raja Tuan Labuh

Dari Kiri: YM. Tuan Mansur, YBhgM. Tuan Sulaiman al-Haj, YM. Tuan Abdu Rahman dan YM. Tuan Abdullah al-Haj

Thursday, 12 February 2015

BIODATA

Yang Berbahagia Mulia Tengku Haji Tuan Sulaiman Bin al-Marhum Tuan Will
* Dilahirkan di Teratak Emas, Kg Raja Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan.  Kediaman rasmi bagi kedua ayahahanda dan bondanya.

*Nama ayahanda: al-Marhum Tuan Will @ Tengku Ismail Bin al-Marhum Tuan Wook Mahmud Bin al-Marhum Tengku Long Nik (Tengku Long Nik Indra Petra Mahkota Mantri Kelantan ) Ibni al-Marhum Tengku Long Tan (Tengku Temenggong Area Pahlawan Kelantan) Ibni al-Marhum Paduka Seri Al Sultan Long Yunus ibni al-Marhum Raja Long Sulaiman ibni al-Marhum Paduka Sri Raja Long Bahar ibni al-Marhum Paduka Sri Raja Wan Daim

*Nama Bonda: al-Marhumah Tuan Bidah Binti al-Marhum Tengku Paduka Raja Tuan Labuh ibni al-Marhum Raja Kota Tuan Ku Lonik ibni al-Marhum Raja Muda Long Abdul Rahim (Raja Bendahara Cherang) ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Muhammad ibni al-Marhum Sultan Raja Bakar ibni al-Marhum Raja Long Nuh ibni al-Marhum Paduka Sri Raja Wan Daim

*Nama Isteri:
1. Al-Marhumah Hajjah Tuan Azizah Binti al-Marhum Tuan Muhammad al-Haj- dikurniakan anakanda:
2. Tuan Nafisah Binti al-Marhum Tuan Abdul Rahman- Tiada anak
3. Che Zainab Binti Che Mat- Tiada anak

*Nama anakanda dan Menantu
1. Tuan Rohani berkahwin dengan Wan Ismail Bin Wan Drahman
2. Tengku Ismail (Ku Ramlie)- Meninggal
3. Tengku Aziz (Ku Zakaria)- Meninggal
4. Tuan Rohana- Meninggal
5.Tuan Rohaya/ Tuan Hashimah berkahwin dengan Pekri Haji Ahmad
6.Tuan Roslina- Meninggal
1. Raja Zawal Affendi Bin al-Marhum Raja Hussein Berkahwin dengan Cik Puan Faizaliza

* Nama Cucu-cucunda dan Menantu
1. Wan Shahrini Azmunira Ismail = Mohd Sabri
2. Wan Shahrina Laili Ismail = Mohd Shaidan
3. Nik Nur Zatul Akmal Pekri = Zawawi Ismail
4. Nik Nur Shimal Akmal Pekri = Mohd Raimi Razak
5. Nik Muhammad Ideham Pekri = Siti Aishah Abdullah Sani
6. Wan Mohd Shahrul Azmi Ismail = Nik Anira
7. Nik Nuruslina Akmal Pekri = Muhd Muhaymin Ismail
8. Wan Sharidatul Hartini Ismail
9. Raja Aiman Hakimi Zawal
10. Raja Nul Hakim Zawal
11. Raja Noraisyah Putri Zawal

* Nama Cicitnda:
1. Muhammad Ammar Ikhfan Sabri
2. Muhammad Ameer Iskandar Sabri
3. Wan Qistina Badrisya Shaidan
4. Nur Aisyah Humaira Raimi
5. Nur Aisyah Hanan Raimi
6. Muhammad Qamar Zayyad Shaidan
7. Wan Dhia Qasdina Shahrul
8. Muhammad Qabil Amsyar Shaidan
9. Nik Ukasyah Nufail Petra Ideham
10. Wan Dian Qaireen Shahrul


Sunday, 1 February 2015





              SEJARAH ASAL ASTANA LAMA PAGAR RAJA

             Istana Pagar Raja atau Istana Atas Kota sebagaimana yang tersebut telah dibina oleh Tengku Sri Maharaja Long Demor yang terkenal dengan gelaran Ku Simah Gagah sebagai hadiah kepada Tuan Cherang yang sinonim dengan gelaran Raja Budak. Istana Atas Kota telah dibina oleh tukang-tukang yang sama yang membina Istana Kota Jeram iaitu Istana Balai Telur dan juga Istana-istana kerabat D’raja Kelantan. Walau bagaimanapun, keseluruhan Istana Atas Kota telah dibina menggunakan kayu tembesu yang diambil daripada Kampung Bharu Kok Berangan dan juga dari Jeram. Pembinaan Istana ini telah mengambil masa selama 9 bulan sahaja bagi menyiapkan keseluruhan istana termasuklah rumah-rumah padi serta kandang gajah. Keluasan kawasan istana ini ditakrifkan seluas 10 hektar meliputi kawasan makam diraja serta kawasan berkumpul rakyat. Perbezaan istana ini dengan Istana Kota Jeram adalah, disekeliling istana ini mempunyai serambi dan mempunyai ruang balai tengah sebanyak 40 tiang.




              Setelah siap dibina, istana ini menjadi istana bersemayamnya Tuan Cherang dan Nang Cayang Tengku Biru sehinggalah baginda mangkat. Menurut penceritaan seorang tokoh daripada Teluban di Pattani bahawa sejak turun-temurun istana ini menjadi salah satu destinasi atau tempat yang wajib disinggah sewaktu melawat Kelantan kerana rajanya mempunyai sifat yang mementingkan hubungan persaudaraan dan masih dianggap sebagai raja kepada Pattani. Sehubungan dengan itu, Tengku Sri Maharaja Long Demor juga sering berulang-alik dari Istana Kota Jeram ke Istana Atas Kota dalam mentadbir jajahan baginda.










       Setelah baginda Tuan Cherang mangkat, istana ini telah menjadi tempat bersemayamnya anakanda baginda Tuan ku Lonik digelar Raja Kota dikalangan masyarakat setempat mengambil gelaran sempena nama istana baginda ‘Atas Kota’. Walau bagaimanapun, pusat pentadbiran bukan terletak di Istana Atas Kota sebaliknya di Istana Kota Jeram kerana waktu tersebut dikatakan bahawa Istana Kota Jeram masih lagi dikunjungi oleh bangsa Siam untuk menjejaki keturunan Raja Budak. Pihak Siam percaya bahawa selagi masih ada keturunan raja-raja Pattani lama, wilayah Pattani tidak akan aman daripada tentangan rakyat Pattani sendiri yang mendaulatkan raja-raja mereka. Kesinambungan warisan Istana Atas Kota diteruskan lagi oleh anakanda Raja Kota iaitu Tengku Paduka Raja Tuan Labuh. Tuan Labuh ini merupakan seorang bomoh D’raja dan sering dikunjungi oleh orang-orang istana Kelantan termasuklah dikunjungi oleh baginda Paduka Sri Al Sultan Muhammad Ke-III pemerintah Kelantan antara tahun 1890 hingga 1891 dan Paduka Sri Al Sultan Mansur yang memerintah Kelantan dari tahun 1891 hingga 1900.










            Walau bagaimanapun, istana ini telah dirobohkan oleh askar upahan British menyebabkan Tuan Labuh terpaksa berpindah ke bahagian hulu Istana Atas Kota dan menjadi seorang tukang emas. Tuan Labuh terkenal dengan gelaran Tokku Labuh Tepak kerana berkaki tempang sejak dilahirkan. Namun demikian, kedaulatannya sebagai waris raja Pattani digeruni oleh masyarakat setempat kerana dikatakan mempunyai ilmu batin yang tinggi dan mempunyai ‘daulat’. Berbalik kepada sejarah Istana Atas Kota, setelah dirobohkan oleh askar upahan British, tapak asal istana ini terbiar sehinggalah dinaikki tumbuhan liar sehingga tapak Istana Atas Kota hilang dari pandangan. Akan tetapi, kawasan Istana Atas Kota dikatakan menjadi kawasan larangan kepada masyarakat setempat kerana dipercayai keramat dan sering di anggap oleh masyarakat sebagai kawasan yang aneh dan berpenunggu. Rentetan itu, antara tahun 1915 semasa peperangan Tok Janggut. Istana Atas Kota dibina kembali mengambil saki-baki perkakas dari Istana Jeram oleh Penggawa Tua Haji Tuan Senik.




              Sehinggalah pada tahun 1950, apabila salah seorang cucunda kepada Penggawa Tua Tuan Senik bernama Tuan Azizah iaitu anakanda sulung  Penggawa Jeram Ke-III Tuan Muhammad  dan suaminya Tuan Sulaiman cucunda kepada Tengku Paduka Raja Tuan Labuh sepakat membina kediaman mereka di tapak istana lama berkenaan. Tuan Sulaiman ini adalah anakanda kepada Tuan Ismail atau Tuan Will Bin Tengku Wok Mahmud anakanda Tengku Indra Petra Mahkota Mantri Kelantan Tengku Long Nik yang berkahwin dengan Tuan Bidah Binti Tengku Paduka Raja Tuan Labuh. Ayahanda Tuan Sulaiman iaitu Tuan Ismail juga merupakan anakanda saudara kepada Penggawa Tua Tuan Senik sebelah bondanya. Setelah diperkenankan oleh Penggawa Tua Tuan Senik, pembinaan kediaman baru ditempat asal Istana Atas Kota dilakukan dengan menggunakan kayu hutan yang tumbuh di kawasan tapak asal istana berkenaan dan juga diambil daripada saki-baki kayu Istana Kota Jeram yang dibakar oleh tentera British yang dibawa oleh Penggawa Tua Tuan Senik. Sewaktu itu, Penggawa Tua Tuan Senik bersemayam di Kota Saring iaitu mengambil nama sempena nama Kampung Saring bersebelahan dengan Kampung Nering, kampung asal pahlawan Tok Janggut. Sejak tahun 1950, kediaman yang dibina di tapak asal Istana Atas Kota telah menjadi tempat bersemayamnya keluarga Tuan Sulaiman dan Tuan Azizah sehingga kini dan dikenali sebagai Teratak Lama Pagar Raja.


KISAH DUKA AL-MARHUM RAJA LONG ABDUL RAHIM
(Raja Bendahara Tuan Cherang/ Raja Budak Pattani)
Selepas pertabalan Raja Budak dilakukan oleh pembesar Pattani, raja Siam telah menghantar tenteranya menyerang Negeri Sai atau Teluban dalam wilayah Pattani dimana bersemayamnya keluarga Sultan Muhamad Pattani kerana enggan tunduk kepada kerajaan Ayuthia di Bangkok. Pembesar Pattani terpaksa berundur menyelamatkan Raja Budak dan dibawa bersama menuju ke Kelantan dan seterusnya ke kerajaan Besut, Terengganu. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Raja Budak pernah bersemayam dibawah lindungan ayahanda saudaranya iaitu Paduka Sri Sultan Muhammad I Khalilullah, Sultan Kelantan selama setahun. Namun demikian, untuk mengelakkan ancaman Siam keatas Kelantan, baginda Raa Budak dihantar ke Besut untuk mendapatkan perlindungan. Sewaktu rombongan Raja Budak berada di negeri Besut, pembesar negeri Besut ketika itu masih lagi berketurunan daripada Raja Khadi dari zuriat Tuan Faqih. Namun, tidak lagi bergelar sultan dan hanya menjadi pembesar bagi jajahan Besut yang menggunakan gelaran Tok Raja. Tok Raja telah membina kota istana untuk Raja Budak dan rombongan baginda di tempat yang bernama Denger Hilir, Kampung Lubuk Kawah bersebelahan dengan Sungai Besut. Baginda Raja Budak bersemayam dan bersembunyi di Denger Hilir selama beberapa tahun daripada kekuasaan raja Siam. Baginda tidak bersemayam di Kelantan kerana pembesar baginda dinasihatkan agar tidak ke Kelantan atas faktor keselamatan Kerajaan Kelantan daripada menjadi musuh Kerajaan Siam.
             Walau bagaimanapun, baginda dan sebahagian rombongan baginda telah berangkat ke Kelantan apabila di jemput oleh Tengku Srimaharaja Long Demor bergelar Ku Simah Gagah iaitu pemerintah di Kota Jeram yang merupakan cucunda kepada Paduka Sri Maharaja Perdana Menteri Long Gaffar. Baginda Raja Budak telah diberi membuka sebuah perkampungan yang bernama Kampung Bharu Kok Berangan dalam jajahan Jeram dan membina kota istana baginda bersebelahan dengan Kampung Bharu Kok Berangan bernama Istana Pagar Raja atau dikenali juga dengan nama Istana Atas Kota. Istana Atas Kota dibina oleh tukang sama yang membina Istana Kota Jeram yang terkenal dengan nama Istana Balai Telur dan Istana Balai Besar di Kota Bharu. Justeru itu, nama timangan Kampung Bharu Kok Berangan disebut juga sebagai Kampung Atas Kota mengambil sempena nama Istana Atas Kota. Setelah itu, baginda Raja Budak telah berkahwin dengan anakanda Tengku Srimaharaja Long Demor bernama Tengku Biru. Perkahwinan antara Raja Budak yang bernama Long Abdul Rahim dengan Tengku Biru telah direstui olah ayahanda saudara baginda iaitu Long Mamat yang bergelar Paduka Sri Al Sultan Muhammad I Khalilullah pemerintah Kelantan pada tahun 1800 hingga 1835 dan juga kekanda kepada Tengku Temenggong Area Pahlawan Kelantan Tengku Long Tan yang menjadi ayahanda kepada Paduka Sri Al Sultan Muhammad II bernama Long Senik Mulut Merah dan Raja Muda Long Nik Tengku Indra Petra Mahkota Mantri Kelantan Tengku Long Nik (rujuk salasilah). Sultan Muhammad I Khalilullah telah mengistiharkan Tengku Biru Binti Tengku Srimaharaja Long Demor sebagai Nang Cayang mengambil nama setaraf dengan Raja Perempuan Pattani sebelumnya. Manakala Long Abdul Rahim digelarkan Raja Bendahara Tuan Cherang.