Sunday, 1 February 2015



KISAH DUKA AL-MARHUM RAJA LONG ABDUL RAHIM
(Raja Bendahara Tuan Cherang/ Raja Budak Pattani)
Selepas pertabalan Raja Budak dilakukan oleh pembesar Pattani, raja Siam telah menghantar tenteranya menyerang Negeri Sai atau Teluban dalam wilayah Pattani dimana bersemayamnya keluarga Sultan Muhamad Pattani kerana enggan tunduk kepada kerajaan Ayuthia di Bangkok. Pembesar Pattani terpaksa berundur menyelamatkan Raja Budak dan dibawa bersama menuju ke Kelantan dan seterusnya ke kerajaan Besut, Terengganu. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Raja Budak pernah bersemayam dibawah lindungan ayahanda saudaranya iaitu Paduka Sri Sultan Muhammad I Khalilullah, Sultan Kelantan selama setahun. Namun demikian, untuk mengelakkan ancaman Siam keatas Kelantan, baginda Raa Budak dihantar ke Besut untuk mendapatkan perlindungan. Sewaktu rombongan Raja Budak berada di negeri Besut, pembesar negeri Besut ketika itu masih lagi berketurunan daripada Raja Khadi dari zuriat Tuan Faqih. Namun, tidak lagi bergelar sultan dan hanya menjadi pembesar bagi jajahan Besut yang menggunakan gelaran Tok Raja. Tok Raja telah membina kota istana untuk Raja Budak dan rombongan baginda di tempat yang bernama Denger Hilir, Kampung Lubuk Kawah bersebelahan dengan Sungai Besut. Baginda Raja Budak bersemayam dan bersembunyi di Denger Hilir selama beberapa tahun daripada kekuasaan raja Siam. Baginda tidak bersemayam di Kelantan kerana pembesar baginda dinasihatkan agar tidak ke Kelantan atas faktor keselamatan Kerajaan Kelantan daripada menjadi musuh Kerajaan Siam.
             Walau bagaimanapun, baginda dan sebahagian rombongan baginda telah berangkat ke Kelantan apabila di jemput oleh Tengku Srimaharaja Long Demor bergelar Ku Simah Gagah iaitu pemerintah di Kota Jeram yang merupakan cucunda kepada Paduka Sri Maharaja Perdana Menteri Long Gaffar. Baginda Raja Budak telah diberi membuka sebuah perkampungan yang bernama Kampung Bharu Kok Berangan dalam jajahan Jeram dan membina kota istana baginda bersebelahan dengan Kampung Bharu Kok Berangan bernama Istana Pagar Raja atau dikenali juga dengan nama Istana Atas Kota. Istana Atas Kota dibina oleh tukang sama yang membina Istana Kota Jeram yang terkenal dengan nama Istana Balai Telur dan Istana Balai Besar di Kota Bharu. Justeru itu, nama timangan Kampung Bharu Kok Berangan disebut juga sebagai Kampung Atas Kota mengambil sempena nama Istana Atas Kota. Setelah itu, baginda Raja Budak telah berkahwin dengan anakanda Tengku Srimaharaja Long Demor bernama Tengku Biru. Perkahwinan antara Raja Budak yang bernama Long Abdul Rahim dengan Tengku Biru telah direstui olah ayahanda saudara baginda iaitu Long Mamat yang bergelar Paduka Sri Al Sultan Muhammad I Khalilullah pemerintah Kelantan pada tahun 1800 hingga 1835 dan juga kekanda kepada Tengku Temenggong Area Pahlawan Kelantan Tengku Long Tan yang menjadi ayahanda kepada Paduka Sri Al Sultan Muhammad II bernama Long Senik Mulut Merah dan Raja Muda Long Nik Tengku Indra Petra Mahkota Mantri Kelantan Tengku Long Nik (rujuk salasilah). Sultan Muhammad I Khalilullah telah mengistiharkan Tengku Biru Binti Tengku Srimaharaja Long Demor sebagai Nang Cayang mengambil nama setaraf dengan Raja Perempuan Pattani sebelumnya. Manakala Long Abdul Rahim digelarkan Raja Bendahara Tuan Cherang.




No comments:

Post a Comment